Pemimpin Pas Selar Tindakan Tutup Tahfiz Tapi Pantau Kelab Gay

SHAH ALAM – Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup pusat tahfiz di Kepong mengundang kecaman pemimpin Pas. 

Kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tindakan itu tidak selari dengan hanya memantau sahaja 6 kelab gay seperi yang dilaporkan sebelum ini. 

“Berita hari ini pusat tahfiz di Kepong ditutup manakala 6 kelab gay di KL akan dipantau . Tahfiz ditutup kelab gay dipantau. Kaedah wah rahmatan wa rambutan ,” katanya di Facebook. 

Hari ini Menteri Wilayah  Khalid Abdul Samad 

berkata DBKL menutup pusat tahfiz di Kepong yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram.

Katanya ini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihara .

Manakala 7 September yang lalu kementerian yang sama memberi jaminan membuat pemantauan enam kelab gay yang dikenal pasti beroperasi di Kuala Lumpur. 

 Pemantauan itu adalah dari aspek  sudut salah laku, jenayah dan penyalahgunaan dadah.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.