Marina Mahathir Sindir Anwar

SHAH ALAM – Ekoran peringatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat mempertahankan diri daripada golongan ‘super liberal’, ia nampaknya mengundang rasa tidak puas hati anak perempuan Perdana Menteri.

Aktivis Marina Mahtahir menyindir Anwar yang kini dilihat mula mengkritik golongan liberal.

“Saya lihat tindakan melabel telah bermula. Mengingatkan saya tentang beberapa orang,” katanya menerusi Twitter.

Marina walaubagaimanapun tidak merujuk siapa yang dimaksudkannya apabila berkata tindak tanduk Anwar mengingatkannya tentang beberapa orang.

Namun dipercayai kenyataan tersebut merujuk kepada beberapa orang pemimpin Umno dan Pas yang sebelum ini lantang mengkritik golongan Liberal.

Anwar semalam berkata golongan ‘super liberal’ yang dimaksudkannya adalah yang mempertahankan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam masa yang sama beliau turut menyentuh tentang kumpulan yang mempertikaikan bahasa kebangsaan dan perosal tentang pendidikan.

Dalam pada itu, penyokong Marina di Twitter turut menghentam Anwar dan menyamakannya dengan sesumpah.

“Chameleon,” kata Faizal Moideen.

Ada juga yang menganggap Anwar yang bakal bertanding di Parlimen Port Dickson sebagai terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kalau Anwar sangat terdesak nak jadi Ahli Parlimen dia sepatutnya bertanding di kawasan dia dilahirkan (tempat asalnya),” kata Mat Twain.

Namun ada juga yang mahu Marina menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan cara yang betul agar dapat didengari, bukan sekadar menukis di Twitter sahaja.

“Kalau awak ada fakta sendiri suarakan dan bincangkan. Berdiri untuk suarakannya,” ujarnya Allen Warren.- SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.