Cara Dakwah Zakir Naik Tak Sesuai Di Malaysia – Mujahid Yusof Rawa

SHAH ALAM – Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa menegaskan kaedah dakwah yang menghina dan merendah-redahkan agama selain Islam adalah tidak sesuai di Malaysia.

Beliau memberi contoh penceramah kontroversi, Zakir yang kerap menghina agama selain Islam.

“Ada orang bertanya kalau berdebat macam Zakir Naik itu macam mana.

“Tidak semua orang boleh menerima debat yang seolah orang merendahkan agamanya untuk point yang kau ada,” katanya. 

Sebaliknya Mujahid berkata cara yang sesuai dengan pendekatan Malaysia adalah perbincangan. 

“Sebab itu saya kata bincang dengan cara yang tenang tidak menghina, tidak mencaci.

“Bagi saya kalau konteks Malaysia saya tidak tahu negara lain, kalau tanya saya kaedah berdebat begitu tidak sesuai di Malaysia kerana menimbulkan pelbagai persepsi kebencian,” katanya lagi. 

Justeru itu ujarnya siapa sahaja tokoh agama perlu menghormati pendekatan Malaysia dalam menyampaikan pandangan masing-masing. 

“Sebab itu dalam isu sensitif ini kita minta bukan sahaja Zakir Naik atau sesiapa sahaja baik daripada bukan Islam pun . Kalau ada paderi hebat mereka pun ini Malaysia kamu harus hormat cara Malaysia.

“Dan kita bawa agama masing-masing dalam kerangka undang-undang yang ada dan dalam kerangka budaya sosial yang kita terima pakai ejak negara ini wujud dan kita tidak ada cagaran untuk menukarnya

Hebat dia pun soal lain. Kita tidak mahu kerana ini hanya seorang dua dilihat hebat tapi tidak sesuai dengan konteks kita,” ujarnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.