Anwar ‘Lancar Perang’ dengan Golongan Liberal

SHAH ALAM – Aktivis Siti Kasim menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataannya yang memberi peringatan kepada rakyat untuk berhati-hati dengan golongan ‘super liberal’.

Katanya, golongan itulah yang bertanngungjawab melindungi hak individu, termasuk orang yang dituduh meliwat.

“Jadi, apa yang saya boleh agak adalah seorang ‘super liberal’ adalah seseorang yang prihatin tentang hak individu, termasuk orang yang dituduh meliwat atau kesalahan-kesalahan berkaitan yang tiada mangsa.

“Kamu fikir menjadi ‘super liberal’ sesuatu yang memalukan dan jenayah?” kata Siti menerusi Facebooknya.

Siti turut menganggap Anwar melancarkan perang terhadap golongan liberal.

Awal hari ini bakal presiden PKR itu menggesa rakyat mempertahankan diri daripada golongan “super liberal”.

Anwar berkata golongan itu menganggap hanya pandangan mereka penting dan perlu dituruti.

Beliau walaubagaimanapun tidak menamakan mana-mana orang semasa berucap di satu acara di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar memberikan contoh dia diserang oleh golongan itu kerana pilihan raya kecil Port Dickson, walaupun dia sudah menderita sebelum ini.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.