Video: NGO Minta Kes Bunuh Jalil Ibrahim Dibuka Semula

PETALING JAYA – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mengesa agar kertas siasatan terhadap kes pembunuhan Penolong Pengurus Besar BMF Jalil Ibrahim, 22 tahun yang lalu dibuka semula.

Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah, satu surat telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mealui Twitter yang mana surat tersebut telah meminta agar kertas siasatan terhadap kes pembunuhan tersebut dibuka semula.

“Saya minta Datuk Seri Zahid Hamidi yang berada di Beijing dalam pertemuan Interpol yang ke 86, surat yang kami dah beri ini, saya dh hantar melalui twitter kepada beliau supaya mendesak semula Interpol membuka kembali kes siatan BMF yang mempunyai dua peringkat iaitu satu yang melibatkan duit, 1.2 billion dan harta yang ditukar nama oleh Tun Daim dan Tun Mahathir selepas tahun 1983.

“Dan isu yang kedua adalah pembunuhan Jalil Ibrahim,”katanya ketika di temui media tadi.

Menurut beliau lagi, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini telah membuat penjelasan mengenai isu ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri, namun beliau mendawa wujud kesangsian.

“Pada tahun 1983, selepas arwah Jalil Ibrahim dibunuh, memang dalam parlimen, Mahathir ada buat penejelasan kenapa tak boleh buka RCI BMF dan pembunuhan tersebut akan jatuhkan.

“Kita tak dapat mengejar balik harta tersebut, dia mention dalam parlimen, itu hujah Mahathir dalam parlimen.

“Tetapi waktu yang sama sebelum tahun 90-an, dia telah pun menghantar Tun Daim ke Carribean untuk menukarkan harta milik Carribean Group kepada nama dia, nama Daim Zainuddin,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga telah membuat laporan polis mengenai isu pembunuhan dan penyelewengan dana, namun beliau mendakwa hanya jenayah komersial sahaja yang disiasat.

“Saya telah membuat laporan polis pada 3 Febuari di taman Melawati dan dalam laporan itu saya dah beritahu tentang pembunuhan, penyelewengan dana semua.

“Pihak polis dah panggil saya untuk ambil statement dan apa yang mereka buat adalah statement untuk jenayah komersial sahaja. tak ada tanya mengenai pembunuhan.

 

“Kenapa PDRM tak panggil saya apabila dalam laporan sya ada tulisan pembunuhan.Kalau dalam laporan kita ada tulis pembunuhan, kau akan ambil statement. tidak di ambil sehingga hari ini,”katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.