Universiti Boleh Ambil Tindakan Pelajar Terlibat Pesta Arak

KOTA BHARU – Pihak institut pengajian tinggi (IPT) boleh mengenakan tindakan kepada mana-mana pelajar yang menyalahi undang-undang universiti, termasuklah menyertai pesta arak yang dikatakan bakal berlangsung awal Oktober ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerajaan sudah membuat keputusan yang bijak berhubung perkara tersebut dan mahu semua pihak akur dan menerimanya dengan terbuka.

“Kita lihat, Negara kita mempunyai rukun Negara, kita selalu lupa rukun Negara, raja berperlembagaan, agama dan sebagainya. Agama ini mustahak (penting).

“Saya ada rakan orang Eropah, tidak minum arak pun, maka apa istimewanya arak ini. Terpulang pada universiti masing-masing. Kalau bercanggah dengan peraturan universiti, maka boleh ambil tindakan sewajarnya, bukan kerana arahan menteri. Tidak perlu tanya menteri,” katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa membenarkan penganjur boleh memindahkan lokasi pesta arak, Better Beer Festival 2017 (BBF17) ke Selangor. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.