Ulama Universiti Al-Azhar Ditangkap Kerana Nyanyi Dalam Rancangan TV

Kementerian Mesir menahan seorang ulama yang juga pengajar di Universiti Al-Azhar, Syekh Ihab al-Yunis selepas beliau menyanyikan sebuah lagu sebagai penghargaan buat seorang penyanyi legenda, Um Kolthum,yang sudah meninggal dunia.

Beliau menyanyi lagu ‘Lissah Fakir’ (Masih Ingat Lagi) di saluran satelit Mesir semasa memakai seragam al-Azhar atau dipanggil sebagai seragam Azhari.

Menurut ketua bahagian agama kementerian itu, Sheikh Jaber Taya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Sheikh al-Yunis adalah seorang imam dan pendakwah di Masjid Ali bin Abi Talib, di bawah pengurusan Awqaf al-Salam, lapor laman Al Arabiya.

Justeru perbuatan beliau disifatkan sebagai mencalar kesucian seragam Al-Azhar.

Menurut bahagian pemantau Al-Azhar, seragam itu adalah pakaian para ulama dan penuntut juteru ia tidak sepatutnya dipakai apabila menyanyi atau menjalankan kegiatan seni, sekalipun jika kegiatan itu bertujuan murni.

Menyusuli insiden itu, balai pemantau Al-Azhar merayu kepada mereka yang memakai songkok Azhari, supaya menjalankan tanggungjawab bersandarkan nilai-nilai pakaian seragam tersebut.

Ia termasuk menjalankan kajian saintifik tentang agama dan mengajarnya kepada orang lain.

Selain itu, mereka yang memakai seragam Azhari itu diarah supaya jangan melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan oleh para ulama Azhari sebelum ini, lapor Al Arabiya.

Memakai seragam Azhari semasa menyanyi dianggap sebagai tidak menghormatinya dan mencemarkan kesuciannya, menurut balai pencerapan itu lagi.

Perbuatan Sheikh al-Yunis itu juga mencetuskan kontroversi  di media sosial dengan pelbagai komen negatif telah membanjiri halaman Facebooknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.