Seoul Gesa AS Redakan Keadaan Ketegangan Dengan Pyongyang

WASHINGTON –  Korea Selatan menggesa Amerika Syarikat (AS) membantu meredakan keadaan ketegangan dengan Korea Utara selepas Pyongyang menuduh Presiden Donald Trump mengisytiharkan perang.

Menurut AFP, Menteri Luar, Kang Kyung-wha, berkata dalam ucapannya disini, tidak mustahil Korea Utara akan membuat provokasi lanjut susulan kenyataan Presiden AS itu, lapor RTM.

“Adalah penting bahawa kita, Korea dan Amerika Syarikat bersama-sama, menguruskan keadaan … untuk mengelakkan peningkatan ketegangan atau apa-apa jenis pertempuran ketenteraan yang tidak disengajakan dengan cepat serta dapat mengawalnya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.