Saya Mohon Maaf, Tak Ada Niat Nak Jatuhkan Sesiapa – Fara Mendoza

Pelakon baharu Fara Mendoza memohon maaf atas kekhilafannya memuat naik video babak bercium Fattah Amin dan Janna Nick di Instastory miliknya baru-baru ini.
 
Disebabkan video pendek itu, Fattah Amin dan Janna Nick teruk dikecam netizen, lapor Gempak.
 
Kata Fara, dia tidak berniat untuk melukakan hati   atau menjatuhkan mana-mana pihak.
 
“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak disebabkan posting IG story saya.
 
“Saya tak ada niat pun nak melukakan hati sesiapa, menjatuhkan sesiapa atau menyentuh hati sesiapa.
 
“Dengan rasa rendah diri saya mohon maaf atas kesilapan saya dan saya mengaku ianya dari kesilapan khilaf saya yang tidak sengaja.
 
“Harap selepas ini tak ada yang cuba membesarkan hal ini lagi.
 
“Saya hanya manusia biasa yang tak lari daripada membuat kesilapan. Semua yang buruk datang dari saya sendiri dan yang baik itu dari Allah. Amin,” tulisnya.
 
Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat oleh Fara menerusi akaun instagramnya pada Sabtu.
 
Entri tersebut juga turut disertakan hashtag #BuangYangKeruhAmbilYangJernih, #DoaYangBaikBaik dan #FikirYangBaikBaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.