Pakar Ular Siarkan Secara Langsung Kematiannya Dengan Biarkan Diri Dipatuk Ular

Seorang lelaki, yang merupakan pakar ular, telah membunuh diri dengan membiarkan ular peliharaannya yang paling berbisa, black mamba mematuk tangannya ketika ia disiarkan secara langsung menerusi internet.

Arslan Valeev berbuat demikian selepas kecewa susulan keruntuhan rumah tangganya dengan isterinya, Ekaterina ‘Katya’ Pyatyzhkina. Mereka berdua terkenal kerana mengendalikan siaran YouTube mengenai ular dan kucing serta mempunyai berpuluh ribu pengikut.

Dalam kejadian itu, selepas dipatuk ular, Arslan, 31, bernafas dengan laju sebelum tangannya menjadi kebas dan kaku akibat bisa ular tersebut.

Walaupun waktu sebenar dia dipatuk dan tempoh kematiannya tidak ditunjukkan dalam live streaming itu namun blogger video dari Rusia itu sempat menunjukkan kesan patukan di tangannya.

“Jika saya mati, maka saya mati. Saya akan bersama dengan kamu untuk seketika. Dalam telefon saya ada mesej untuk Katya.

“Sampaikan pada Katya yang saya sangat menyintainya. Cantikkan? Selamat tinggal kepada semua. Saya tidak percaya ini yang terjadi kepada saya,” katanya sambil membacakan nombor telefon bekas isterinya.

Dia kemudian menambah : “Ini nombor Katya, jika seseorang berjaya menghubunginya, jika dia ada masa untuk datang, saya amat gembira. Lagipun saya sudahpun mati. Selamat tinggal. Saya gembira jika dapat berjumpa Katya….Saya menggeletar,” katanya.

Pada akhir siaran live streaming itu, dia bangun dari kerusi dan meninggal dunia. Kebetulan pada masa itu adalah penonton yang berjaya menghubungi ambulans namun Arslan gagal diselamatkan.

Menurut rakan-rakannya, Arslan menuduh isterinya curang namun terdapat laporan bahawa dia memukul isterinya itu.

Minggu lepas Arslan telah meminta maaf kepada atya di atas perbuatannya itu namun wanita itu telah mengemukan borang perceraian dan telah menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Katya bagaimanapun masih membisu mengenai kejadian berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.