Netizen Kecam Pelayan Cuai, Sup Panas Tersimbah Budak

Semalam, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukan pelayan restoran membawa sup panas tiba-tiba tersimbah ke arah kanak-kanak lelaki sedang duduk.

Difahamkan, periuk sup panas yang dibawa oleh pelayan restoran itu tiba-tiba tergelincir dipercayai akibat lantai yang licin, petik sebuah portal.

Malangnya, periuk itu terjatuh di atas meja menyebabkan sup panas itu tersimbah pada tubuh anak kecil tersebut.

Wanita dipercayai ibu kepada mangsa yang duduk bersebelahan dengan segera mendukung kanak-kanak malang itu.

Rakaman tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya sangat marah dengan kecuaian pelayan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kasihan dengan nasib yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.