MAS ‘Jahanam’ Selepas Mahathir Swastakan Pada 1994, Kata Penganalisis

MAS untuk sekian lamanya terhimpit dengan masalah kewangan ekoran percaturan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menswastakan syarikat penerbangan negara itu bagi membayar kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi dagangan forex 1990-an.

Penganalisis politik/blogger Lim Sian See (LSS) berkata, penswastaan MAS pada 1994 adalah bagi menutup sebahagian kecil kerugian skandal forex BNM bernilai RM32 bilion.

“MAS mengalami kerugian teruk sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001,” ujarnya.

Selepas membeli semula MAS, aset serta liabiliti syarikat masing-masing bernilai RM4 bilion dan RM7 bilion diletakkan dibawah syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB).

Kata LSS, pemindahan aset kepada syarikat milik Khazanah Nasional Berhad itu merupakan usaha kerajaan Dr Mahathir menstrukturkan semula MAS dibawah program ‘Wide Asset Unbundling’ atau dikenali sebagai WAU.

Menerusi program berkenaan, PMB menyewakan semula kapal terbang kepada MAS menjadikan MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan tanpa aset.

“Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga disewa dari syarikat-syarikat aircraft leasing (sewa kapal terbang).

“Tempoh sewaan Airbus MAS juga banyak akan tamat tidak lama lagi dan ada perlunya MAS untuk mengganti pesawat-pesawat ini dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo,” ujar LSS.

Pendedahan beliau susulan pertikaian oleh ‘orang’ Dr Mahathir mempersoalkan MAS menyewa pesawat dan bukannya memilik sepenuhnya pesawat.

Ujarnya, konsep sewaan atau leasing diperkenalkan oleh Dr Mahathir sendiri dan ianya bukannya konsep perniagaan baru.

“Konsep leasing untuk pesawat2 bukannya konsep yang luar biasa. Malahan, aircraft leasing sudah menjadi trend.

“Banyak juga pesawat-pesawat AirAsia yang dimilik oleh syarikat leasing bernama Asia Aviation Capital Limited lalu disewa atau dilease balik untuk penggunaan AirAsia. Syarikat ini kini di milik oleh Air Asia group tetapi sedang dijual kepada pihak ketiga,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dakwaan pembiayaan pembelian pesawat baru MAS oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak logik ekoran dana pencen Malaysia itu tidak terlibat dalam perniagaan penerbangan.

“Entah mengapa ada sebahagian netizen-netizen yang terlampau pandai sehingga mendakwa KWSP akan bayar untuk pesawat-pesawat MAS,” tegasnya lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.