Marsha Rasa Takut

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Marsha Milan Londoh, 32, yang kini berentap dalam program AF Megastar mengakui cukup takut dengan kecaman netizen.

Katanya, walaupun sudah tiga kali mempamerkan aksi cemerlang di pentas AF Megastar, ada saja segelintir netizen yang memberi komen negatif mengenai persembahannya.

“Walaupun sudah bekerja keras memberikan persembahan dan nyanyian terbaik, itu belum mampu memuaskan hati mereka. Ada saja yang tidak kena pada pandangan mereka,” katanya.

Apa pun kata Marsha, semuanya berbalik pada pilihan masing-masing. Kalau mereka tidak sukakan persembahannya, dia tidak dapat buat apa-apa kerana tidak mampu untuk puaskan hati semua orang.

“Saya bersyukur kerana mempunyai pasukan yang sentiasa memberikan idea untuk persembahan termasuklah susunan muzik, solekan dan pakaian sesuai dengan lagu dan tema.

“Saya gembira kerana mendapat bantuan dari mereka yang berpengalaman untuk memastikan saya sentiasa mempamerkan persembahan menarik.

“Secara peribadi, saya ingin memberikan persembahan kreatif dan menarik setiap minggu dan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai pertandingan,” katanya.

Marsha adalah salah seorang peserta yang bertanding dalam AF Megastar selain Idayu, Bob, Amir Masdi, Amir Jahari, Sufi Rashid, Indah Ruhaila, Syamel, Ewal dan Shahir.

Dalam persembahan minggu keempat AF Megastar bertemakan lagu Rock makam tadi, Marsha mencabar dirinya dengan menyanyikan lagu Salam Untuk Kekasih nyanyian asal Nadia.

Malam tadi juga penyaksikan Ewal tersingkir dari meneruskan perjuangan minggu depan.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.