‘Lan Todak’ Mengaku Salah Tumbuk lelaki Bangladesh

Pelakon Sharnaaz Ahmad didenda oleh mahkamah selepas mengaku salah menyerang seorang lelaki Bangladesh.

Dia yang dikenali – antara lain – melalui siri TV Suamiku Encik Sotong itu meminta maaf kepada mangsa dan mendakwa kejadian berkenaan berpunca daripada salah faham.

Harian Metro melapporkan Sharnaaz, 32, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki angladesh pada Julai lalu.

Majistet Mahyudin Mohmad Som kemudian menetapkan pelakon yang memiliki nama sebenar Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad itu membayar denda RM1,200 atau dipenjara dua bulan jika gagal melunaskan jumlah berkenaan.

Sharnaaz mengaku bersalah sebaik saja tuduhan dibacakan kepadanya.

Dia kemudian membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan Sharnaaz didakwa menumbuk muka Gouz Ali di tingkat satu Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Taman Tun Dr Ismail pada jam kira-kira 5.30 petang, 22 Julai lalu.

Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Nur Farah Adilah Noordin bertindak sebagai timbalan pendakwa raya manakala Sharnaaz diwakili peguam Zulkifli Awang.-Malaysiakini

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.