Krisdayanti Dikecam Bela Anjing

Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti  dikecam netizen kerana memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan.

Menerusi satu entri di akaun Instagram (IG)nya, Kris telah memuat naik gambar yang menunjukkan dirinya sedang beriadah dengan membawa anjing peliharaan, lapor Gempak.

Enjoying Sunday morning with dollar.. Wearing sports wear from @cucaactive Photo credit @atan_lemos_photography

Gambar tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengikut IGnya.

Rata-ratanya memberi komen negatif dan berpendapat sebagai seorang yang beragama Islam tidak boleh membela anjing untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Mereka juga memberitahu haram jika seorang Islam membela anjing tanpa sebab perkebunan dan penternakan.

@fadeelalala – Gila lah bela anjing. Dengan bangga lagi.. Allahuakbar. Akhir zaman.. Moga sempat taubat

@virabchsn – Kebanyakan manusia sekarang namanya sahaja Islam tapi tak mengikut syariat dalam Islam aduhh saya prihatin

@lutfiwijaya9- Org Islam haram memelihara anjing, kecuali bagi yang punya perkebunan dan penternakan dan itu pun tidak di dalam rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.