Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 1,991 Orang

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir di Kedah meningkat kepada 1,991 orang pagi ini berbanding 1,983 orang malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di sini, pertambahan berlaku apabila ada mangsa-mangsa yang kembali semula di 13 pusat pemindahan di daerah Kota Setar.

Sehingga jam 8 pagi ini, 560 keluarga masih ditempatkan di 19 pusat pemindahan banjir di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Di Kota Setar, pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 347 mangsa, SK Seri Gunung (265 mangsa), SK Bukit Pinang (102 mangsa), Dewan Taman Sri Bagan (97 mangsa), Surau Pondok Kepala Bukit (88 mangsa), SK Alor Mengkudu (85 mangsa).

Selain itu, 79 mangsa ditempatkan di Surau Assyakirin, Kepala Batas, Masjid Kampung Lengkuas (46 mangsa), Dewan Wawasan Kampung Kelompang (39 mangsa), SK Suka Menanti (25 mangsa), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13 mangsa), Kampung Tok Pauh (12 mangsa ) dan SK Taman Aman seramai sembilan mangsa.

Sementara itu, mangsa banjir di daerah Pokok Sena, telah ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di SK Bukit Hijau dengan 366 mangsa, Dewan Lubuk Keriang (35 mangsa) dan Dewan Kampung Permatang Limau seramai 15 orang mangsa.

Di Kubang Pasu membabitkan SK Kodiang Lama yang menempatkan 56 mangsa dan Dewan Tokong Cina yang dibuka semula menempatkan 32 mangsa.

Bagi daerah Pendang, hanya satu pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah yang menempatkan 280 orang daripada 77 keluarga.

Kenyataan itu berkata, dengan keadaan cuaca yang semakin baik dan aliran sungai yang lancar, keadaan banjir di negeri ini dijangka​​​​​​​ semakin surut.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.