John Legend Bengang Dituduh Bercerai Dengan Isteri

Penyanyi John Legend berang apabila ada pihak mendakwa dia telah bercerai dengan isterinya, Chrissy Teigen.

Menurut laporan Daily Mail, John memohon kepada peminat supaya tidak mudah percaya dengan gosip tersebut.

“Jangan sesekali mempercayai berita yang salah. Hubungan saya dan isteri masih bahagia. Jangan sesekali membuat dakwaan yang tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi sebuah entri di Instagram, John sempat berkongsi sekeping gambar mencium isterinya dan memberikan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

“Hari ini genap ulang tahun keempat perkahwinan kita selepas bertemu 11 tahun yang lalu. Saya sangat mencintai wanita ini,” tulisnya, petik Gempak.

Rata-rata peminat berharap agar mereka sentiasa bahagia dan mendoakan pasangan itu tabah menempuhi kehidupan seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.