INTERPOL Rekodkan 192,402 Passport Malaysia Hilang atau Dicuri – TPM

BEIJING – Sejumlah 192,402 pasport Malaysia dilaporkan hilang atau dicuri, yang direkodkan dalam pangkalan data INTERPOL, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.‬

‬‪Timbalan Perdana Menteri berkata, angka itu berdasarkan rekod Kehilangan dan Kecurian Dokumen Perjalanan (SLTP) INTERPOL di Lyon, Perancis, yang secara automatik disenaraihitamkan.‪

“Di seluruh dunia, sebanyak 76 juta passport dilaporkan hilang atau dicuri dan pasport Malaysia yang terbabit adalah 0.25 peratus daripada jumlah iu,” katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, sebentar tadi.‬

‬‪Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung INTERPOL Ke-86, yang dirasmikan oleh Presiden China, Xi Jinping.‬

‬‪Turut sama dalam perhimpunan agung itu ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Duta Besar Malaysia di China, Zainuddin Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim.‬

‬‪Ahmad Zahid berkata, pasport yang hilang atau dicuri akan terus direkod dalam pangkalan data INTERPOL sebaik pemilik melaporkan kehilangannya kepada polis dan imigresen.

‪‬Katanya, pasport Malaysia adalah yang ketujuh popular di dunia dan pemegangnya boleh melawat ke lebih 150 negara tanpa memerlukan visa.‬

‪‬‪Ditanya kemungkinan pasport Malaysia mudah diklon penjenayah, beliau berkata, ia tidak membimbangkan kerana pasport negara mempunyai ciri keselamatan terbaik dan menenuhi piawaian dunia.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, pasport Malaysia yang hilang atau dicuri boleh mencapai nilai antara RM100,000 hingga RM250,000 di pasaran gelap.

Ia, katanya, bergantung kepada kegunaan pemegangnya sama ada untuk tujuan transit atau tinggal di sesebuah negara.‬

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos ini, sebanyak 52,459 pasport Malaysia dilaporkan hilang atau dicuri. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.