Gadis Ini Menderita Penyakit Kulit Yang Menyebabkan Kulitnya Kelihatan Seperti Sisik Ular

Seorang gadis terpaksa berdepan dengan ejekan daripada kawan-kawannya disebabkan kulitnya yang bersisik.

Remaja itu, Floraine Nalugon ini sebenarnya menderita penyakit ichthyosis lamellar iaitu keadaan di mana kulitnya tidak dapat membuang sel-sel kulit mati secara normal.

Remaja berusia 17 tahun ini perlu sentiasa melembapkan badannya untuk mengelakkan kulitnya mengeras. Setaip kali bangun pagi, kulitnya akan dipenuhi dengan kepingan “sisik” dan disebabkan keadaan ini, dia jarang keluar untuk mengelakkan dari diejek orang .

Gadis yang berasal dari Bukindnon, Filipina ini berharap penyakitnya itu dapat dirawat.

“Apabila saya berumur tujuh tahun, ibu bapa saya berpindah. Pada mulanya, saya fikir saya boleh melarikan diri dari anak-anak di sekitar rumah yang sering mengejek saya kerana keadaan ini.

“Saya sangat sedih mendengar orang lain mengejek keadaan saya, walaupun ibu bapa saya memberi saya kekuatan dan sokongan. Mereka memberi saya kasih yang melimpah ruah walaupun saya kurang upaya,” katanya.

Sklerosis ichthyotic menyebabkan sel-sel kulit berkembang dengan cepat. Sekiranya kulit tidak dirawat atau dilembapkan, kulit boleh mengeras. Keadaan itu boleh menyebabkan kesukaran untuknya bergerak.

Dia juga berisiko tinggi terkena jangkitan disebabkan kulit tersebut akan merekah apabila kering dan mengelupas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.