Budak Kurang Ajar, Tergamak Pukul Ibu Sendiri

Kurang ajar. Itu yang boleh digambarkan kepada perlakuan seorang seorang remaja berpakaian sekolah yang telah memukul seorang wanita yang dipercayai ibunya. Video berkenaan menjadi tular di media sosial sejak Selasa lalu.

Dalam rakaman berdurasi 43 saat itu, remaja berkenaan  memukul ibunya tanpa belas kasihan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Menurut maklumat yang viral di media sosial, remaja tersebut yang dikenali sebagai Syukri, 16, dipercayai berang apabila ibunya enggan memberikan sejumlah wang yang diminta.

Dia juga mahu membaling kerusi dan mengugut untuk menumbuk muka ibunya kerana tidak endah dengan permintaannya.

Wanita tersebut didengar berkata dia tiada wang seperti yang diminta remaja terbabit.

“Tak ada, orang nak bawa pergi kerja, nanti kita tak ada duit abang long,” rayu wanita itu.

Dalam video itu juga kedengaran suara seorang lagi wanita yang dipercayai nenek remaja tersebut yang memintanya supaya menghentikan perbuatan kurang ajar itu.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri Taman Bukit Teratai, Ampang kira-kira pukul 9 pagi Selasa.

Perbuatan biadap itu turut dikecam netizen yang bertindak berkongsi video tersebut di laman Facebook supaya remaja terbabit dapat dikesan untuk tindakan susulan.

@Rahimah Ali Ahmad berkata:”Makin ramai si Tanggang zaman sekarang ni.”

@Han Too berkata:”Kurang ajar. Sehari RM10 belanja sekolah? Apa barang lu makan kat sekolah ne. Untung la lu, wa sekolah dulu sehari RM2 je. Lu memang tak tau nak bersyukur la.

@Zaidah Mohd Sari berkata:”Tak cium syurga dik buat mak macam tu. Masih boleh berubah dan bertaubat sebelum terlambat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!