28 Etnik Hindu Dibunuh Di Rakhine

YANGON – Kerajaan Myanmar kelmarin menemui mayat 28 penduduk kampung beragama Hindu yang disyaki dibunuh pemberontak Rohingya pada bulan lalu.

Kerajaan berkata, usaha mencari dilakukan dekat Kampung Ye Baw Kya, utara Negeri Rakhine selepas seorang pelarian di Bangladesh menghubungi pemimpin masyarakat Hindu di Myanmar, lapor Kosmo.

Pelarian itu berkata, sekitar 300 pemberontak daripada Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) telah menawan kira-kira 100 penduduk kampung tersebut dan membunuh mereka pada 25 Ogos lepas.

Menurut pihak berkuasa, seramai 20 mangsa itu merupakan wanita, manakala lapan yang lain ialah kanak-kanak lelaki.

“Pemberontak memaksa lapan penduduk kampung memeluk Islam dan membawa mereka ke Bangladesh,” kata kerajaan.

Jurucakap kerajaan, Zaw Htay berkata, pasukan keselamatan masih melakukan siasatan.

ARSA bagaimanapun menafikan membunuh penganut Hindu tersebut dan berkata, pihaknya tidak menyerang orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.