Wanita Bawa Isi Perut Dalam Bagasi

VIENNA – Penemuan isi perut di dalam bagasi seorang wanita mengejutkan pihak berkuasa di lapangan terbang Austria.

 

AFP melaporkan, wanita yang berasal dari Maghribi itu mendakwa isi perut tersebut milik suaminya yang sudah meninggal dunia.

 

Inspektor di lapangan terbang wilayah Graz, yang memeriksa bagasi tersebut melepaskan wanita itu apabila pihaknya diminta untuk turut terbabit dalam perkara itu.

 

Terdahulu, usus tersebut dibungkus rapi dan diletakkan di dalam dua bekas.

 

Wanita tidak dinamakan itu menjelaskan beliau mengesyaki suaminya, warga maghribi itu diracun dan mahu analisis toksik ke atas tisunya.

 

Terdahulu, agensi APA melaporkan, penemuan itu disahkan Kementerian Kewangan, yang memantau perkhidmatan kastam Austria.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.