Video : OKU ‘Bergadai Nyawa’ Lintas Jalan Ke Mid Valley

KUALA LUMPUR –  Lebih kurang 30 pengguna kerusi roda hari ini berhimpun di pintu masuk Mid Valley Megamall mendesak pusat beli-belah itu menyediakan kemudahan mesra orang kelainan upaya (OKU).

 
Demonstrasi aman yang dihadiri dua badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (Damai) dan Dual Blessing itu turut berdemonstrasi di hadapan stesen KTM Mid Valley.

 

 

Presiden Damai, V Murugeswaran berkata, ramai OKU yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk ke pusat beli-belah kecewa kerana terpaksa membahayakan nyawa untuk merentas jalan ke Mid Valley.

 

Katanya, pengguna kerusi roda terpaksa menyorong di tepi jalan sibuk, memandangkan tiada laluan pejalan kaki sesuai yang menghubungkan stesen kereta api dan pusat beli-belah itu.

 

“Kereta tidak akan berhenti atau perlahankan kelajuan dan kami terpaksa meminta bantuan untuk merentas jalan,” katanya.
Tinjauan SuaraTV mendapati, polis bantuan yang ditempatkan pengurusan Mid Valley berhampiran stesen kereta api ada berkawal dan bersedia membantu OKU menyeberang jalan.

 

Bagaimanapun, pihaknya berkata, OKU tidak mahu membebankan orang lain dan mahu berdikari dengan menyeberangi sendiri.

 

Katanya, biarpun pernah menyuarakan isu tersebut, namun KTM tidak bertanggungjawab terhadap kawasan tersebut.

 

 

Dalam pada itu, Murugeswaran meminta agar ada jalanpenyelesaian diambil dengan membina laluan terus dari pusat beli-belah ke stesen kereta api supaya OKU tidak perlu membahayakan nyawa mereka dengan menyorong kerusi roda di laluan mendaki yang sibuk.

 

 

Beliau berharap agar pihak Mid Valley dan DBKL dapat duduk bersama untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.