Video: Agen Insurans Sebagai ‘Bumper’ Kepada Syarikat Insurans-Jamal Yunos

AMPANG – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos mendakwa syarikat Insurans di Malaysia menjadikan agen-agen insurans ini sebagai ‘bumper’ kepada syarikat mereka.

 

Menurut beliau, sekiranya pihak syarikat tidak dapat menunaikan tuntutan daipada pemengang insurans, maka agen-agen insurans ini yang akan berhadapan dengan orang ramai bagi menyelesaikan isu tersebut sehingga terpaksa dimaki.

 

“Orang yang mempunyai polisi insurans terpaksa tunggu berjam-jam, dan mereka terpaksa bayar deposit.

 

“Pihak syarikat menggunakan agen-agen ini sebagai ‘bumper’.

 

“Bila agen tidak dapat menunaikan hasrat, mereka lah yang kena attack,” katanya ketika di temui media di sini tadi.

 

Tambah beliau lagi, agen-agen ini adalah antara individu yang teraniaya kerana mereka yang terpaksa berhadapan dengan masyarakat.

 

Saya kesian dengan agen-agen ini kerana mereka hanya cari maka tapi akhirnya mereka yang menerima tohmahan.

 

“Mereka inilah yang selalu teraniaya,’ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa bahawa jumlah individu yang memiliki dan membeli insurans menurun ekoran daripada kepercayaan masyarakat terhadap syarikat insurans semakin sedikit.

 

“Dalam masa 2 tahun ini saya melihat graf orang ramai memiliki dan membeli insurans ini menurun kerana kepercayaan orang ramai terhadap insurans itu sendiri terutamanya takaful,” katanya.

 

Justeru, beliau mengesa agar pihak kerajaan dan Bank Negara agar mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat insurans yang yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan etika.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.