Tony, Idris Tidak 
Layak Terajui FAM Kata Annuar Musa

KOTA BHARU – Dua tokoh korporat Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Seri Idris Jala tidak layak untuk menduduki kerusi nombor satu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelak kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

 

 

Beliau berkata, calon yang mahu mengisi jawatan tersebut perlulah terdiri daripada mereka yang memahami dan terlibat secara langsung dalam arena bola sepak negara.

 
Menurutnya, jika orang yang tidak terlibat dalam aktiviti bola sepak tempatan menerajui jawatan itu dikhuatiri gagal menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi.

 
“Bila ada kekosongan senang sahaja, kita balik kepada peraturan. Tak payah meraba-raba cari orang itu, orang ini dan semua perkara tersebut telah dicatatkan dalam peraturan.

 
“Peraturan itu dibuat ke­rana mahu melihat badan itu dipimpin oleh seseorang yang telah dan sentiasa aktif dalam konteks bola sepak negara sekali gus memudahkan perlaksanaan tugas,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 
Akhbar sebelum ini mela­porkan, kesediaan dua tokoh korporat itu untuk menerajui barisan kepemimpinan badan induk tersebut.

 
Pemilihan FAM bakal diadakan dalam kongres ke-53 yang dijadual awal tahun depan selepas Jawatankuasa Eksekutif memutuskan tarikh kongres pada Oktober ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.