Tony Fernandes Nafi Ada Kaitan Dengan Skim Cepat Kaya

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah menafikan dakwaan beliau menyokong skim cepat kaya yang mendakwa beliau telah mendedahkan rahsia kejayaannya dengan memperoleh wang sebanyak $300 (RM1240) setiap hari, hanya dari rumah.

 

 

“Ya palsu. Saya tiada kaitan dengannya,” katanya kepada Star Online pada Isnin.

 

 

Dalam satu kenyataan, AirAsia memaklumkan bahawa Fernandes tidak pernah menyokong iklan terbabit dan menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkannya.

 

 

“Kami ingin merujuk kepada iklan yang ditaja dalam Facebook yang mengaitkan artikel mendakwa memetik AirAsia Group CEO, Tony Fernandes, sebagai berkata:

 

 

“They will eat me alive for this!”, “They’ll take my head, every Malaysian needs to watch this”, “They want my head for revealing this secret’.

 

 

Sehubungan itu, AirAsia juga menggesa orang ramai untuk merujuk kepada saluran media sosial rasmi atau lain-lain sumber berita yang boleh dipercayai jika mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai Fernandes atau AirAsia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.