Tiada PRN Di Pulau Pinang

GEORGETOWN – DAP Pulau Pinang tidak merancang untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membantah cadangan proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata Pengerusinya, Chow Kon Yeow.

 

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan kuasa di peringkat negeri bagi membantah cadangan berkenaan.

 

“Kita (kerajaan negeri) akan meneliti impak kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya ini dan menentukan sama ada membuat bantahan atau sebaliknya.

 

“Kajian mengenai perkara ini mungkin dimuktamadkan dalam dua minggu,” katanya lapor BH.

 

Khamis lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilapor akan mempertimbangkan semula kemungkinan mengadakan PRN bagi membantah proses persempadanan semula oleh SPR.

 

Bagaimanapun, tiada perbincangan menyeluruh mengenai perkara itu dibuat, selain akan menyerahkan bantahan kepada SPR dalam tempoh terdekat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.