Safee Sali Nafi Khabar Angin Meninggal Dunia

PETALING JAYA – Penyerang Johor Darul Tazim (JDT) Safee Sali menafikan khabar angin beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

 

Pemain berusia 32 tahun itu mengesahkan beliau berada dalam keadaan sihat.

 

“Ish… ish apa bendalah lagi. Saya tengah sihat ni, alhamdulillah, tak ada siapa yang meninggal. Ikan yang meninggal adalah,” katanya menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi JDT @OfficialJohor.

 

Terdahulu, berita kematian bekas pemain Selangor itu turut disangkal JDT menerusi laman twitter tersebut dalam satu kenyataan pada pukul 4.23 petang Isnin.

 

“Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain JDT, Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar,” demikian menurut kenyataan itu.

 

Terdahulu, paparan skrin yang mengatakan Safee telah meninggal dunia menjadi viral di media sosial, termasuk disebarkan melalui aplikasi WhatsApp. – mstarsafee sali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.