Penyewa ‘Lari’ Tak Bayar Sewa, Tinggalkan Rumah Rosak dan Kotor

Seorang wanita melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penyewa yang ‘lari’ meninggalkan rumah mereka dalam keadaan rosak dan kotor.

 

Pengguna akaun yang menggunakan nama Umi Nazirah menerusi akaun Facebooknya, memuat naik status berserta gambar kapyen menyelar penyewa tersebut dan mengancam untuk tidak memaafkan perbuatan itu.

 

“Sampai hati kamu buat macam ni kat saya. Tak sangka betul ada penyewa berhati kering. Dah kamu tak bayar sewa rumah lepas tu kamu hancurkan pulak rumah saya. Biarlah Allah yang membalasnya.

 

“Tapi saya hanya manusia biasa, saya tidak akan maafkan kamu dan saya tidak halalkan apa yang kamu lakukan terhadap saya,”katanya beserta hashtag #xselamatlakamuduniadanakhirat #nadiakluang #sabarsabarsabarsabar.

 

Sementara itu, pengikutnya turut meninggalkan komen yang turut menyelar tindakan penyewa terbabit.

 

“Ya Allah kejamnya.. tak selamat hidup kamu wahai penyewa!!!,”tulis Ratna Bard II.

 

Manakala Ryna Bahar berkata, “Bagus …awak dah vairal kan..biar orang penyewa tu sedar sikit…saya ni penyewa juga tak lah pengotor.”

 

Status tersebut mendapat 3,903 perkongsian dan 73 like darpada pelayar laman itu. -SuaraTV

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.