Pemuda Kedah Cabar Mukhriz Dedah Ahli UMNO Mahu Sertai PPBM

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Kedah mencabar bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya mendedahkan mana-mana ahli UMNO berjawatan yang mahu menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

 

Ketua Pergerakannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Naib Presiden PPBM itu juga diminta berhenti bermain politik tarik tali berhubung isu berkenaan.

 

 

“Kita cabar Mukhriz untuk mendedahkan siapa ahli UMNO yang berjawatan yang telah atau akan menyertai PPBM.

 

 

“Kita minta Mukhriz tidak berteka-teki atau bermain politik tarik tali apabila menyatakan bahawa ada ahli UMNO yang berjawatan telah menyatakan kesediaan untuk menyertai PPBM tetapi hanya di dalam diam dan rahsia.

 

 

“Kita anggap kenyataan ini tidak matang dan ia tidak perlu diambil serius,” katanya, memetik laporan Awani.

 

 

 

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan mahu bertanding di Kedah dan bukannya di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

 

 

Mukhriz juga dikatakan akan membawa parti itu ke Kedah dan bertanding di situ.

 

 

Mukhriz merupakan ADUN Ayer Hitam dan telah memenangi kerusi Parlimen Jerlun pada 2008.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.