PAN Yakin Kalahkan PAS PRU14

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa membuat kenyataan penuh yakin parti Amanah Negara (PAN) akan menang besar di Selangor sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru termasuk Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

 

Menurut Husam, PAN akan mendapat undi majoriti daripada pengundi, berbanding Pas berikutan rakyat lebih berminat memberi undi kepada calon PAN.

 

“Saya telah membuat ramalan, PAN Selangor mempunyai peluang besar untuk memenangi sekurang-kurangnya tiga per empat daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

 

“Contohnya, kalau Pas bertanding di 15 kerusi DUN dan PAN juga bertanding di kerusi yang sama dengan Pas. Sekurang-kurangnya sembilan kerusi DUN itu dimenangi oleh PAN, selebihnya milik Pas,” katanya lapor sebuah portal.

 

Menurut Husam, Pas tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan 15 kerusi DUN yang diperolehi parti itu di Selangor pada PRU13.

 

Ini kerana, katanya, keadaan tersebut telah berubah, serentak dengan perubahan sokongan rakyat terhadap Pas.

 

Tambahnya, pada awal lagi Pas sudah tewas apabila dua wakil rakyatnya iaitu ADUN Morib, Hasnul Baharudin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib sudah menyertai PAN.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.