‘Nasib Baik Saya Mempunyai Kad Kredit, Bank Kasi Hutang, Tapi Kalau Orang Lain?’-Jamal Yunos

AMPANG – Gara-gara syarikat insurans yang tidak telus dalam melakukan tanggungjawab mereka melindungi pemegang polisi insurans, Pengerusi Persatuan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos turut terkesan dengan insiden terbabit.

 

Menurut beliau, pengalamannya dengan polisi insurans berlaku melibatkan anaknya dan beliau terpaksa berhutang dengan bank kerana syarikat insurans tidak efisen dalam melakukan tugas mereka.

 

“Anak saya melalui satu proses yang sangat mengecwakan saya sebagai seorang yang memiliki perlindungan insurans tapi saya amat kecewa dengan pengalaman saya, dan saya terpaksa menyelesaikan masalah tersebut dengan cara berhutang dengan kad kredit.

 

“Nasib baik saya mempunyai kad kredit, bank kasi hutang, tapi kalau orang lain? angkut anak kita pergi ke hospital kerajaan,” katanya ketika di temui media di sini tadi.

 

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kekecewaannya kepada hospital swasta yang dilihat hanya mementingkan perihal keuntungan semata-smata tanpa memikirkan etika mereka.

 

“Saya juga ingin memberikan teguran kepada pihak hospital swasta ini, yang saya melihat aduan yang diterima, etika perubatan itu sendiri, jangan terlalu memikirkan ‘dollar and cent’.

 

“Di negara kita ini, etika itu telah berubah dari etika mengutamakan nyawa pesakit kepada keuntungan semata-mata,”ujarnya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.