Minah Kelantan Hempuk Kepala Suami Guna Botol Arak

Satu video kini menjadi viral di laman sosial yang memaparkan insiden pergaduhan sepasang suami isteri.

 

Dalam video yang berdurasi 1 minit 26 saat itu, wanita yang memakai baju berwarna ungu dan berseluar pendek dikatakan berasal dari Kelantan kerana menggunakan dialek dari negeri tersebut ketika berkomunikasi.

 

Dalam video itu, wanita tersebut memukul suaminya berkali-kali termasuk menghempuk kepalanya dengan menggunakan botol arak.

 

Lelaki yang berbaju hijau itu bagaimanapun tidak melawan walaupun ditumbuk dan diterajang berkali-kali.

 

Pergaduhan itu bermula apabila lelaki terbabit didakwa berlaku curang dan tidur dengan rakan baik isterinya.

 

Dalam rakaman tersebut, wanita terbabit berkali-kali gagar lelaki tersebut meminta maaf kepadanya. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.