Leonardo Tawar Rumah ‘Sentimental’ Bernilai USD10 Juta

Bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio bakal menjual rumahnya di Malibu, California dengan harga USD10,95 juta.

 

 

Rumah tersebut dibeli dengan harga USD1,6 juta ketika beliau berumur 24 tahun pada tahun 1998 selepas membintangi filem Titanic.

 

 

Rumah tersebut dikatakan bukan sahaja mempunyai nilai ‘sentimental’nya yang tersendiri, bahkan rumah yang berkeluasan 1.765 kaki persegi itu, terletak di sebuah kompleks yang dikenali sebagai “Jutawan Beach”.

 

Interior rumah tersebut digabungkan dengan reka bentuk sederhana dan moden. Hampir setiap bilik memaparkan pemandangan air dan lantai yang diperbuat daripada kayu.

 

 

Salah satu keistimewaan dari rumah ini adalah adanya dek tepi pantai yang benar-benar menjadi tempat kegemaran Leo pada waktu malam.

 

 

Ia mampu menawarkan tempat peristirahatan yang tenang kepada bakal pemilik baharu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.