Kulit Ular, Kala Jengking Jadi Hiasan Kuku

Sebuah salon di Melbourne menggunakan pendekatan ekstrem dalam menghasilkan kerja seni untuk kuku palsu, termasuk memasukkan daun ganja hinggalah kepada bangkai serangga sebagai hiasan.

 

 

Dikenali sebagai Deadly Nails, salon berkenaan menjadi tumpuan beribu-ribu peminat yang tidak mahu ketinggalan mencuba hiasan kuku palsu berkenaan.

 

 

Pemiliknya, Nicole Casti turut menggunakan kulit ular, kupu kupu yang telah mati serta kala jengking.

 

 

Casti mula menggunakan bahan berkenaan selepas salah seorang daripada anaknya menjumpai rama-rama yang sudah mati.

 

 

“Saya selalu mengagumi pengawetan. Saya melihat kecantikan dalam kematian,” katanya yang sudah 11 tahun terlibat dalam bidang berkenaan.

 

 

Bagaimanapun bukan semua mengagumi hasil seni terbabit sebaliknya ramai yang mengkritik tindakannya yang menjadikan serangga mati sebagai hiasan walaupun Casti menjelaskan dia tidak pernah membunuh binatang terbabit.

 

 

“Binatang itu telah didermakan atau diperolehi daripada pengawat berlesen di Queensland,’ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.