Kereta ‘Jual Ubat Batin’ Curi Perhatian

Sebuah kereta keluaran produa nyata menarik perhatian ramai apabila kereta tersebut dipenuhi dengan ‘Sticker’ yang mempromosikan perniagaan penjualan ubatan penambah tenaga batin.

 

Kereta yang berwarna merah itu mencuri tumpuan apabila perkataan-perkataaan yang digunakan dengan jelas menunjukkan bahawa pemilik kereta tersebut mempromosikan ubat kepada individu yang mempunyai masalah tenaga batin.

 

“Sayang semua orang, kalau ada masalah  tenaga batin, lemah cepat, Jumpa saya pakai ayat besi, tiang aras kun-kun menjadi, ok,” tulisnya.

 

Kereta tersebut juga turut memaparkan nasihat perkahwinan yang menarik.

 

“Nak kahwin jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang, mandi bunga untuk bertemu jodoh,” katanya.

 

Kereta tersebut turut menampal pelbagai ‘sticker’ di cermin hadapan sehingga penuh dan hanya menampak bahagian pemandu sahaja. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.