‘iPhone’ Buatan Rusia Lebih Murah

MOSCOW – Russia bakal memperkenalkan telefon pintar yang bakal setanding iPhone dari aspek kualiti pada harga jauh lebih murah berbanding peranti asli buatan Amerika Syarikat (AS).

 

TASS melaporkan, Ketua Ruselectronics, Igor Kozlov berkata, Ruselectronics akan mengeluarkan ‘iPhones’ buatan Russia itu pada 2018 nanti.

 

Kami akan memiliki, iPhone domestik, yang berharga hanya sekitar AS$130 (RM867.21) seunit,” katanya.

 

Syarikat pegangan pelaburan Ruselectronics ditubuhkan pada awal 2009 berasaskan pegangan kerajaan dengan menggunakan nama sama.

 

Ia adalah sebahagian daripada syarikat milik kerajaan Rostec.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.