‘Indiana Jones Moden’ Terus Jejaki MH370

CANBERRA – Peguam dari Seattle, Amerika Syarikat (AS), Blaine Gibson yang mendapat gelaran sebagai ‘Indiana Jones moden’ mengakui masih teruja untuk meneruskan ‘pengembaraannya’ mencari petunjuk bagi merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

 
Gibson yang dilaporkan Agensi, bergerak secara sendiri ke beberapa negara untuk mengesan serpihan pesawat yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 itu.

 
Malah, peguam itu sanggup turun ke Mozambique biarpun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara itu semata-mata untuk mencari serpihan pesawat tersebut yang berkemungkinan berbaki di pesisiran pantai tersebut.

 
“Saya suka mengembara untuk menyelesaikan misteri MH370. Ini adalah misi terbaharu saya sehingga mendapat maklumat tentang perkara sebenarnya berlaku kepada pesawat itu serta anak kapalnya,” katanya.

 
Pada 12 September lalu, Gibson membawa dua serpihan yang ditemukan di Madagascar ke Australia untuk ujian forensik namun Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menyelaras operasi mencari pesawat MH370 menjelaskan, pihaknya tidak dapat mengaitkan serpihan-serpihan tersebut dengan pesawat berkenaan.

 
Dalam pada itu, Gibson menolak teori penglibatan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam tragedi itu dan meminta orang-ramai untuk tidak mempercayainya.

 
“Orang ramai membuat ke­simpulan hanya kerana tidak ada penjelasan lain. Amat mudah mereka menyalahkan juruterbang yang sudah tiada untuk membela diri dan menamatkan pencarian tetapi tindakan itu pastinya tidak boleh diterima,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.