Hati-Hati Dengan Tiket Penerbangan Palsu Etihad Yang Viral Di FB

Syarikat penerbangan Etihad Airways menafikan ia menawarkan tiket penerbangan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam satu kaji selidik, seperti yang disebarkan menerusi akaun Facebook.

 

 

Etihas Airways memaklumkan sebarang tiket yang ditawarkan menerusi laman-laman palsu itu adalah satu penipuan.

 

 

“Etihad Airways tidak ada sebarang kaitan dengan laman sesawang tersebut dan pihak kami sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap pemiliknya,” kata syarikat terbabit dalam satu kenyataan.

 

 

Isu berkenaan menjadi viral selepas Etihad Airways didakwa memberikan dua tiket penerbangan secara percuma ke mana-mana destinasi, sempena ulang tahun ke-15.

 

 

Menurut Etihad, sebarang tiket yang dikeluarkan dengan cara sedemikian dan bertentangan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat itu adalah tidak sah dan tidak akan diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.