Enam Syarikat Buang Pekerja Main ‘Pokemon Go’

KUALA LUMPUR — Enam syarikat memecat kakitangan mereka yang bermain Pokémon Go semasa waktu pejabat, menurut kajian Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

 

“Berdasarkan penemuan awal kami, enam majikan, atau 4 peratus daripada 150 syarikat, mengakui kakitangan yang asyik dengan permainan itu telah dibuang kerja,” kata pengarah eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan kepada Sunday Star.

 

Menurut kaji selidik itu, 95 peratus daripada syarikat-syarikat yang ditinjau mengatakan mereka tidak membenarkan pekerja mengakses aplikasi ini semasa waktu kerja.

 

Sementara 96 peratus daripada responden sama dilarang menggunakan alamat emel syarikat untuk mendaftar permainan itu.

 

Kaji selidik MEF juga mendapati bahawa 25 peratus daripada syarikat-syarikat yang ditinjau telah menangkap pekerja yang sedang bermain Pokémon Go semasa waktu bekerja. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.