Dipenjara 3 Bulan Curi Baju, Seluar Dalam

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki hari ini dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mencuri seluar dalam dan singlet.

 

 

Zakaria Mohd, 32 tahun dari Pulau Ketam, Kuala Terengganu dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah.

 

Mengakui mencuri tiga helai seluar dalam dan sehelai baju singlet, hanya untuk kegunaan diri sendiri.

 

Fakta kes sebelum ini mendapati, Zakaria mencuri satu kotak mengandungi tiga helai seluar dalam jenama Edwin dan sehelai baju singlet juga jenama Edwin dengan nilai keseluruhan RM45.36 di Pasar Raya Mydin, Gong Badak, Kuala Nerus.

 

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada jam 12.30 tengah hari, pada 23 September lalu.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.