Bayi Tiba-Tiba Menangis Ketika Hendak Dikebumikan

Seorang bayi perempuan di Bangladesh yang diisytihar mati oleh doktor, mula menangis ketika dikebumikan.

 

Galiba Hayat, anak kepada pemain kriket daerah, Najmul Huda dan pasangannya Naznin Akhter, dilahirkan di Faridpur kira-kira 140 kilometer dari Dhaka.

 

Dua jam selepas kelahiran bayi itu, para doktor mengesahkan dia meninggal dunia dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan, Bdnews24 melaporkan.

 

Penjaga tanah perkuburan itu meminta saudara-mara beliau untuk datang semula pada pagi Jumaat untuk dikebumikan.

 

Bayi itu bermalam di keranda yang diletakkan di tanah perkuburan.

 

Walau bagaimanapun, hanya apabila semua formaliti telah disiapkan untuk dikebumikan, bayi itu mula menangis.

 

Bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran dan doktor merujuk dia semula ke Dhaka.

 

Datuk kepada bayi berkenaan, Abdul Kalam berkata, keluarganya tidak dapat membawa bayi tersebut ke Dhaka kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.

 

“Tetapi, ada seorang individu yang bersetuju untuk membiayai kos rawatan dan menguruskan untuk membawa bayi tersebut ke Square Hospital dengan helikopter.

 

“Bayi yang baru lahir itu dalam keadaan yang serius kerana dia dilahirkan 24 minggu kehamilan dan mempunyai berat 700 gram.Jadi beliau telah dihantar untuk rawatan rawatan rapi ke Dhaka.

 

“Jika dia mendapat penjagaan yang baik, kita boleh menjangkakan kesihatannya juga baik,” kata Feni Sadar Ketua Pediatrik, Dr Khondokar Mohamed Abdullah. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.