Asap Dalam Kabin, Pesawat Philippine Airlines Terpaksa Berpatah Balik

MANILA – Sebuah pesawat Philippine Airlines yang baru 20 minit dalam penerbangan menuju Haneda, Tokyo terpaksa berpatah balik ke Manila pada Isnin selepas anak kapalnya mengesan asap di dalam ruang kabin.

 

Pesawat yang membawa seramai 235 orang itu telah mendarat dengan selamat dan tanpa sebarang laporan kecederaan.

 

Jurucakap penerbangan Ciello Villaluna berkata, pesawat A340-300 dengan 222 penumpang dan 13 anak kapal itu perlu berpatah balik kerana ‘faktor teknikal’.

 

Tambahnya, pesawat telah diperiksa untuk mengenal pasti punca ia terpaksa kembali mendarat di Manila, manakala penyebab asap tersebut masih belum diketahui.

 

Penumpang akan menaiki penerbangan ganti pada sebelah petang hari ini.

 

Minggu lalu, juruterbang Saudi Arabian Airlines secara tidak sengaja menekan butang amaran rampasan pesawat dalam penerbangan yang menghampiri lapangan terbang Manila, sekali gus memberi isyarat kepada pasukan keselamatan termasuk anggota komando untuk bertindak sewaktu ia mendarat. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.