Alvin Tan Peluk Islam? Dia Tu Kaki Kencing – Amran Fans

Kuala Lumpur – Siapa yang tidak kenal Amran Fans? Meskipun sekadar fanpage bertemakan parodi yang dikupas daripada pelbagai isu hiburan, politik dan berita semasa tempatan, tetapi setiap kali doa memuat naik komen baru, pasti ribuan Like diterimanya.

 

Terbaru, Amran Fans kesal melihat orang Melayu ditipu blogger kontroversi, Alvin Tan yang kembali mencuri tumpuan, dengan memuat naik gambarnya memegang buku-buku berkaitan ajaran Islam di hadapan sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

 

“Kau ingat Alvin tu serius ke nak peluk Islam dan nak belajar pasal Islam? Ye memang hidayah milik Allah, tapi kau bezakan cara Corrie Lee dan cara Alvin Tan. Kau tak nampak ke beza hidayah dari Allah dengan bangang milik Alvin?

 

“Dia tu kaki kencing kau tau tak? Dia sedang berpura-pura untuk tarik perhatian orang. Engkau pulak bukan main sokong. Sokongan kau tu menunjukkan yang dia dah berjaya kencing kepala kau sampai basah lencun.

 

“Nak cakap pun susah. Amran pun tak faham kenapa kau orang ni susah nak perasan yang kau tu sedang ditipu.

 

“Lepas tu nak acah-acah golongan pemikirlah kononnya bila sefahaman dengan Alvin. Alahai, kau solat lima waktu pun tungang-langang, lagi nak acah-acah pemikir.

 

“Bila Alvin tanya pasal Sunni dan Syiah, meraban masing-masing punya jawapan. Ha..ha..bodo betul bangsa Amran ni kan,” katanya yang dipetik daripada laman Facebooknya.

 

Komen yang dimuat naik pada petang tadi menerima 22.409 Like dan dikongsi sebanyak 344 kali, namun ia turut mendapat pelbagai reaksi warga maya.

 

ManSyuk Roslan berkata, “Hidayah itu tetap milik Allah, Meran. Apa yang kau duga tak semestinya betul.”

 

Adi Nubli Hussin pula berkata, “Nak tahu kenapa senang ditipu, Meran? Sebab dia nak masuk Islam ke tak, lantak dia lah. Penting ke untuk ambil serius? Dia tipu ke tak, apa yang kita rugi? Jadi kalau dia nak masuk Islam, kita sokong, kalau nak main-main pergi mampus..sikit pun nasi aku tak kurang.”

 

“Sekiranya Alvin Tan berniat untuk mendalami tentang Islam untuk mencari kelemahan Islam, saya sangat pasti yang dia akan gagal sebaliknya akan berjumpa dengan kebenaran yang mana Allah adalah tuhan sekalian alam,” demikian kata Mohd Zaibidi.

 

Ini pula nasihat daripada Suria Abdullah, “Jangan cakap macam itu, Meran. Dah lupa ke antara sahabat Nabi S.A.W yang dulu sangat-sangat menentang Islam seperti Umar yang akhirnya memeluk Islam dan menjadi antara penghuni syurga dalam kalangan sahabat nabi. Sekarang kita memang tak boleh nak hukum orang macam itu tapi kita tak tahu satu hari nanti dia masuk Islam, amalnya lebih banyak dari kita yang sejak lahir Islam. Wallahualam.”

 

Facebook Amran Fans itu mula mendapat perhatian ramai, selepas penggendalinya menghentam portal-portal berita pro pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.