Jamal Berlepas Ke Tanah Suci Petang Tadi

Sepang – Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah berlepas ke Tanah Suci petang tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan haji.

Jamal mengerjakan ibadat berkenaan tanpa ditemani ahli keluarganya sebaliknya mengikut agensi yang menguruskan urusan haji ke sana.

Di laman Facebook miliknya menunjukkan teman baik beliau mengucapkan selamat jalan dan tidak ketinggalan ada yang mendoakan penyanyi bersuara emas itu supaya mendapat haji mabrur.

Jamal akan berada di sana selama 16 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.