KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mempersoalkan kajian Ilham Centre yang mengesa UMNO melakukan perubahan total.
Soal Puad, perubahan apa yang perlu dilakukan UMNO?
Menurut Puad, analisis oleh Ilham Centre ada kelompongan dan hanya mahu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakan jawatannya.
“UMNO sedar dan akur ia semakin hilang sokongan rakyat dan orang Melayu. UMNO tidak menafikannya. Tidak timbul soal “denial syndrome”.
“Tetapi ada beberapa pihak termasuk Ilham Center hanya fokus kepada alasan tertentu dalam buat analisis. Fokus mereka ialah Zahid mesti letak jawatan. UMNO perlu tokoh baru.
“Tetapi Ilham Center tidak berani komited, jika Zahid letak jawatan masalah akan selesai. Menurut Ilham, UMNO perlu perubahan total. Tidak pula dinyatakan perubahan apa?” soalnya.
Menurut Puad lagi, Malaysia berhadapan dengan politik ketaksuban ekstrem.
Jelas beliau, politik mundur iaitu pendakwah suka menghukum kembali mengusai pemikiran politik masyarakat Melayu. Ia merisaukan.
“Sebenarnya Malaysia berhadapan dengan politik ketaksuban ekstrem. UMNO mangsa wabak ini. Selagi ini tidak berubah bukan sahaja UMNO, negara juga terancam.
“Sebab itu analisis oleh Ilham Centre ada kelompongan. Politik mundur iaitu pendakwah suka menghukum kembali mengusai pemikiran politik masyarakat Melayu. Ia merisaukan.
“Adakah Sanusi tokoh hebat? Bolehkah tokoh lepuk kepala orang dengan kertas? Dia disanjung sebagai panglima perang walaupun nadir bumi dicuri. Itulah taksub ekstrem tahap dewa,” katanya.