USS John Mccain: Operasi Akan Diteruskan TLDM Kata Hishammuddin

KLUANG  – Operasi mencari dan menyelamat kru kapal pemusnah Amerika Syarikat USS John S. Mccain di timur perairan Johor akan diteruskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mencari mangsa yang masih hilang kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata usaha membantu SAR berkenaan mempunyai kaitan rapat dengan hubungan negara khususnya dalam diplomasi pertahanan, lapor Bernama.

“Perkara ini (SAR) dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan saya telah minta persetujuan Kabinet supaya SAR ini diteruskan sehingga (keadaan) mangsa dikenal pasti.

“Saya juga berjumpa dengan Komander Pangkalan Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Scott Swift baru-baru ini dan mereka (Amerika) sangat menghargai usaha kita,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong.

Hishammuddin berkata ketika Malaysia menghadapi insiden MH370 dan MH17, sebanyak 26 negara tampil membantu Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!