NYT Bantai PM Tapi Malaysia Yang Bantu Cari Anak Kapal Perang AS Yang Hilang

Akhbar New York Times (NYT) merupakan antara media yang seangkatan dengan Sarawak Report dan The Wall Street Jurnal yang banyak menyiarkan laporan memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, NYT juga pernah membuat cerita kononnya Najib disoal siasat oleh FBI atas dakwaan rasuah. Laporan itu dibuatnya pada 2015 lalu dan tenyata ia tidak benar sama sekali.

Malah Najib bebas keluar masuk ke Amerika Syarikat dan telah ke negara itu dalam tempoh berkenaan.

NYT juga pernah menyiarkan temu bual Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun 2015 dengan menghentam Najib, UMNO dan kerajaan Malaysia, iaitu pada hari sama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sepatutnya hadir berucap di Perhimpunan Agung PBB di New York.

Namun tanpa NYT mahu mengakui, Malaysialah yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat anak kapal perang Amerika Syarikat, USS John S. McCain selepas ia terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kapal tangki di perairan timur Johor pada Isnin lalu.

Banyak sumber dan perbelanjaan yang tinggi digunakan untuk membantu Amerika Syarikat (AS) mencari anak kapalnya dan ini dilakukan tanpa meminta balasan.

Malah sikap Malaysia ini menunjukkan bahawa negara ini merupakan good citizen of the world.

Disebabkan keprihatinan Malaysia inilah, maka Presiden AS, Donald Trump telah menjemput Perdana Menteri Ke White House. Ia merupakan satu penghormatan kepada Najib tatkala media asing seperti NYT cuba memburukkan nama beliau.

Ternyata Trump menghargai usaha Malaysia yang membantu mencari 10 anak kapal USS John S McCain yang hilang itu.

“Presiden Trump menzahirkan penghargaan Amerika Syarikat atas usaha Malaysia mencari anak kapal AS yang jatuh daripada kapal USS John McCain, ” kata Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Twitter @usembassykl.

Bukan itu sahaja, Kedutaan AS juga menyatakan bahawa Trump juga menantikan kunjungan Najib White House di Washington pada 12 September ini.

Begitu besar penghargaan Trump ini sehingga dijemput ke White House. Inilah yang membuatkan pembangkang berasa cemburu dengan kejayaan Najib, yang dipandang tinggi oleh Presiden sebuah negara kuasa besar dunia.

Ternyata usaha NYT melaga-lagakan dan memburukkan Najib tidak berjaya sebaliknya Najib mendapat penghargaan tinggi daripada pemimpin luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.