29 Maut Selepas Pemimpin Kerohanian Yang Mempunyai 50 Juta Pengikut Didapati Bersalah Merogol

Sekurang-kurangnya 29 orang terkorban manakala 200 lagi cedera dalam protes ganas yang berlaku di utara India selepas seorang pemimpin sebuah pergerakan berbentuk kerohanian dan berpengaruh di situ didapati bersalah atas tuduhan merogol dua pengikutnya.

Gurmeet Ram Rahim Singh, 50, yang juga digelar sebagai `guru’ didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan pada 2002 di ibu pejabat kumpulannya, Dera Sacha Sauda di bandar Sirsa.

Ram Rahim Singh kini ditahan di penjara sehingga hukuman ke atasnya diputuskan pada Isnin ini.

Susulan bantahan ganas itu, polis terpaksa melepaskan tembakan dan menggunakan meriam air bagi meleraikan 100,000 pengikutnya ketika mereka membaling batu, membakar kenderaan dan bangunan kerajaan.

Pada 2015, Singh yang mempunyai 50 juta pengikut didakwa telah meyakinkan kira-kira 400 pengikutnya supaya memotong testikel untuk lebih dekat dengan tuhan.

Dianggarkan berbelas kenderaan telah dibakar manakala mayat-mayat bergelimpangan di tengah jalan. 500 tentera juga terpaksa dikerahkan bagi meleraikan ketegangan itu.

Hampir seribu pengikut kumpula  Sacha telah ditangkap. Beberapa bandar termasuk Panckula kini diletakkan di bawah perintah berkurung.

Sementara itu, seorang jurugambar tempatan, Sat Singh yang bertugas di Panchkula berkata, jalan raya kini lengang susulan perintah berkurung terbabit.

“Namun situasi bertambah teruk di mana ramai orang di Sirsa cedera dan kehadiran tentera seolah-olah seperti undang-undang tentera dilaksanakan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.