Polis Nafi Kumpulan Paderi Melayu Gerak Aktif Di Seremban

SEREMBAN – Polis Seremban hari ini menafikan dakwaan kononnya ada sekumpulan paderi berbangsa Melayu sedang bergerak aktif di negeri ini.

 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, isu tersebut

 

adalah isu lama yang diviralkan semula tanpa dipastikan kesahihanya.

 

“Ini gambar lama, masa saya (bertugas) di Perak pun dah ada. Diviralkan semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Bagaimanapun, katanya, pihak polis ada menerima laporan berhubung pengedaran Bible yang diletakkan pada kenderaan di kawasan letak kereta stesen Keretapi Tanah Melayu Seremban.

 

“Kami terima laporan pada 9 Ogos lepas dan siasatan dibuat oleh polis Jasin, Melaka kerana kejadian sama juga berlaku di Jasin sebelum itu.

 

“Pihak polis sentiasa memantau, dan selepas itu tiada lagi kejadian atau laporan yang pihak kami terima,” katanya. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.